Hukum Ibu Susu
Sumber: Panel Kemusykilan Agama, JAKIM (2009). baheis.islam.gov.my. 8 Oktober.
Soalan:
- Syarat-syarat menjadi ibu susuan? Adakah 2 kali kenyang atau 5 kali kenyang? Adakah hukum berbeza sekiranya diberi secara terus menyusu badan atau di pam simpan di botol /disejukkan dan diberi.
- Apakah hubungan anak susuan dengan anak-anak kandung ibu susuan ( yang bayi dan adik-beradik yang lain)?
- Apakah hubungan ibu kandung anak susuan dan anak-anak kandung ibu susuan?
Jawapan:
- Bagi mensabitkan seseorang itu anak susuan atau tidak, antara syaratnya ialah anak tersebut menyusu sekurang-kurang lima kali kenyang dan umurnya tidak melebihi dua tahun. Susu ibu boleh diberikan kepada anak secara terus atau dipam dan disimpan, kemudian berikan kepada anak tersebut.
- Hubungan antara anak susuan dengan anak kandung ibu susuan adalah adik beradik sesuan, mereka tidak boleh kahwin sampai bila-bila samada yang masih bayi atau yang lain.
- Hubungan ibu kandung anak susuan dengan anak-anak kandung susuan adalah seperti orang lain juga iaitu saudara dalam Islam.
Nota:
1. Jawapan kepada soalan disediakan oleh Panel Kemusykilan Agama, JAKIM
2. Jawapan yang diberi adalah berdasarkan Mazhab Shafie kecuali dinyatakan sebaliknya.
dipetik dari http://www.duniasusuibu.com/Perspektif Islam Terhadap Penyusuan Ibu
0 comments:
Post a Comment