Thursday, September 30, 2010

A mother’s best choice! MEDELA HARMONY

PROMOSI TERHEBAT MEDELA HARMONY (MANUAL)
SEMESTINYA DIJAMIN HARGA LEBIH MURAH DARI HARGA PASARAN


The only manual pump with breakthrough 2-Phase Expression® pumping, proven to reduce pumping time. First researched and developed for hospital breastpumps, 2-Phase Expression is an advanced pumping pattern that mimics a baby’s nursing rhythm by pumping in two modes.
This set include:
• 1 SoftFit Breastshield
• 1 container stand
• 2 (5oz) containers (bottles)
• 1 lids
• Breastfeeding Information Guide
• Instruction Manual

HARGA PASARAN : RM 269
HARGA PROMO : RM 199
ANDA JIMAT: RM 70 (uihh memang berbaloi-baloi...)

TAWARAN INI ADALAH TERHAD
KEPADA YANG TERPANTAS SAHAJA.....

Mengapa anda mesti pilih Medela Harmony?

1. 'Natural Expression Pumping'.
• Cara hisapan Medela Harmony meniru cara bayi menghisap susu....
2. 'Ergonomic Swivel Handle'.
• Pemegang pam Medela Harmony telah dibentuk dengan teliti supaya ibu dapat mengepam dengan penuh selesa.

3. 'Soft-Fit Breastshield'.
• 'Breastshield' yang lembut membantu anda mengepam dengan selesa (this breastshield massages while you pumping!)

4. 'Compatible with other bottles'
• Kepala pam muat dan sesuai dengan leher botol biasa.(Mmg bagus tak der kita susah payah nak cari botol yg suit...)

5. 'Easy to assemble & clean'.
• Sebab UTAMA saya pilih Medela Harmony kerana ianya tidak terlalu banyak 'part' dan teramat senang untuk dibersihkan dan dipasang!(JIMAT MASA DAN TENAGA)

6. 'No need for batteries'.
• Yela da namanya pam manual!

Anda serius nak beli?
E-mailkan kepada:
arani_afifah81@yahoo.com atau soofebiz@gmail.com


:: NOTIS PENTING ::
Semua "Breast Pump" tiada dalam stok saya (kecuali dinyatakan). Saya cuma akan 'tempah' sekiranya saya sudah mendapat pembayaran penuh atau deposit (tidak akan dikembalikan jika membatalkan tempahan)daripada anda. Sila beri masa selama 14-21 hari bagi urusan pos.

:: WARANTI ::

Setiap Breast Pump yang dijual disertakan dengan waranti

* Medela Harmony - 30 hari (parts)

PENGHANTARAN

Penghantaran hanya dibuat setelah pelanggan membuat pembayaran penuh.
  • Bagi kawasan sekitar  Bangi, Puchong, Kota Warisan, Putrajaya, Pingiran Putra dan Salak Tinngi penghantaran boleh diuruskan secara COD

KADAR POS

Medela Harmony
  1. RM8 (Semenanjung)
  2. RM12(Sabah & Sarawak)
PROMOSI SUDAH DITUTP.. HARAP MAKLUM.. TQVM.. :)

Wednesday, September 29, 2010

Breastfeeding Benefits

Mother's milk is the best nutrition for babies.

 

Breastfeeding is one of the most natural and beneficial activities for mother and baby. There is no other single action by which a mother can so dramatically impact the present and future health of her baby.
No formula can duplicate the unique properties of breastmilk, no matter how many vitamins, minerals and supplements are added to what is basically a chemical formulation.
Breastmilk is the one and only natural, complete and complex nutrition for human infants. Just as importantly, breastfeeding promotes an exceptional bond between mother and baby that only a mother can provide.

Advantages for the baby

  • Breastmilk contains all your baby needs: proteins, fats, lactose, vitamins, iron, minerals, water and enzymes in the exact amounts required for the optimal growth and development.
  • Breastfed babies are healthier. Breastmilk contains substances which prevent harmful bacteria from growing in intestines and causing gastrointestinal and diarrhoeal infections.
  • Breastfed babies have fewer middle ear infections, fewer respiratory infections and a decreased risk of developing allergies, cancer, childhood diabetes and obesity.
  • Breastfed babies have a decreased risk for Sudden Infant Death Syndrome (SIDS).
  • Breastfeeding a premature baby decreases his risk to develop necrotizing enterocolitis (NEC).
  • Breastmilk is clean, free from bacteria and has anti-infective properties.
  • Breastmilk has the right temperature and needs no preparation. It is readily available whenever your baby needs it.
  • Breastfed babies are less prone to develop diabetes, heart diseases, eczema, asthma and other allergic disorders later in life.
  • Breastfeeding enhances brain development. Research shows there is better visual development and visual acuity in breastfed children.
  • Breastfeeding is more than just food. It enhances the emotional bond between the child and the mother and provides warmth, love and affection.

Advantages for the mother

  • Breastfeeding reduces post-delivery bleeding and chances of anaemia.
  • Nursing the baby helps the mother regain her normal figure.
  • Breastfeeding delays the return of fertility.
  • Breastfeeding has a protective effect against several types of cancer such as breast cancer or ovarian cancer, and against osteoporosis.
  • Breastfeeding mothers often experience an increased self confidence and a better adjustment with their babies.
  • Breastmilk is readily available and saves energy, time and money.
  • Breastfed babies are healthier so their mothers will have less absenteeism from their workplace.

Asas penyusuan susu ibu



Sumber: Dr Nazatul Shiha Bachtiar (2009). Kolostrum: Cecair Bernilai Emas. SusuIbu.com. 1 September.

Engkau dah beranak nanti, mesti buang susu awal yang basi tu tau, nanti anak kau pula yang sakit, pesan Halimah kepada anaknya yang bakal melahirkan anak sulung kelak.

“Eh, hari pertama tu kau dah ada susu ke? Aku sampai hari ketiga baru susu keluar. Terpaksalah aku bagi anak aku susu tepung sementara menunggu tu keluh Aina pula kepada rakan karibnya Maryam.

“Kenapa ye, hari kedua bayi aku lahir, aku perah susu tu warna kuning? Bukan susu patut warna putih ke? Elok ke bagi kat bayi aku tu?” Soal Lina bertalu-talu kepada Husna. Risau benar dia.

Sesungguhnya, apa yang dibualkan di atas adalah persoalan-persoalan yang sering diajukan oleh ibu- ibu muda. Malah, terdapat pelbagai lagi mitos yang diutarakan mengenai cecair kuning yang pekat dan melekit ini.

Cecair yang dimaksudkan adalah kolostrum atau susu yang dihasilkan oleh seorang ibu pada lingkungan tiga hari pertama selepas kelahiran bayinya. Kolostrum merupakan cecair yang istimewa dan mempunyai pelbagai khasiat penting, khas untuk bayi yang masih lemah dan baru mengenal dunia ini. Ciptaan hebat dari Yang Maha Kuasa ini mempunyai beberapa kandungan tertentu yang amat berharga dan kandungan tersebut tidak terdapat pada susu matang, apatah lagi pada susu formula.

Apakah sifat -sifat cecair yang amat istimewa ini? Kolostrum ini sebenarnya amat kaya dengan antibodi. Terdapat juga banyak sel hidup di dalamnya sehingga digelar darah putih oleh sesetengah pakar kanak -kanak. Ia juga bersifat laksatif dan dapat memudahkan pembuangan air besar bayi. Ia juga mengandungi pelbagai Faktor Pertumbuhan (Growth Factor) dan ia amat kaya dengan vitamin A.

Apakah pula kepentingan kolostrum ini? Benarkah pandangan warga dahulu kala yang mengatakan kolostrum ini sebagai susu basi? Tidak sama sekali, malah pelbagai kajian telah dilakukan dan kesemua kajian ini bersetuju bahawa kolostrum dapat memberikan perlindungan maksimum kepada bayi dari sebarang jangkitan. Oleh kerana ia juga bersifat laksatif, ia dapat mempercepatkan proses pembuangan mekonium, yang merupakan di antara faktor utama terjadinya jaundis (demam kuning). Kolostrum yang mengandungi banyak Faktor Pertumbuhan ini juga dapat mematangkan usus dan seterusnya dapat mengurangkan risiko alergi. Ia turut dapat mengurangkan kesan penyakit dan kandungan vitamin A yang tinggi mampu mencegah penyakit mata pada bayi. Ini amat bersesuaian sekali dengan firman Allah yang bermaksud:

“Pada kejadian kamu sendiri, serta (pada kejadian) segala binatang melata yang bertebaran, terdapat juga tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah), bagi kaum yang meyakininya.(Al-Jathiyah: 4).

Begitu juga dengan firman Allah swt dalam surah az-Zariyat ayat 20 dan 21 yang bermaksud,

Dan pada bumi ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan dan kekuasaan Allah) bagi orang-orang (yang mahu mencapai pengetahuan) yang yakin. Dan juga pada diri kamu sendiri. Maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan (dalil-dalil dan bukti itu)?”.

Di antara kandungan terpenting kolostrum adalah sejenis protein yang dinamakan Sekretori Immunoglobulin A (SIgA). Immunoglobulin adalah sejenis protein yang berfungsi sebagai antibodi di dalam badan manusia. Ia digunakan di dalam sistem pertahanan tubuh badan (sistem imuniti) untuk mengenalpasti dan meneutralkan objek asing seperti bakteria dan virus. SIgA adalah sejenis antibodi yang terdapat di dalam kolostrum dengan jumlah yang sangat tinggi. Kira-kira 80-90% daripada immunoglobulin di dalam kolostrum dan susu adalah terdiri daripada jenis SIgA. Kepekatannya boleh meningkat setinggi 12g/L di dalam kolostrum dan serendah 1g/L di dalam susu matang. Sebaliknya, disebabkan proses-proses yang perlu dilakukan ke atas, susu formula tiada langsung mengandungi SIgA.

Seorang bayi yang menyusu susu ibu secara eksklusif akan mendapat kira-kira 125mg/kg/hari SIgA pada umur sebulan, dan lebih kurang 75mg/kg/hari ketika berumur 4 bulan. Walaupun kepekatan SIgA di dalam kolostrum menurun dengan drastiknya dalam masa beberapa hari selepas kelahiran, tetapi dalam pada masa yang sama jumlah susu ibu turut meningkat dengan tingginya. Oleh itu jumlah total SIgA adalah hampir kekal sepertimana di awal kelahiran.

Manakala paras SIgA di dalam susu ibu yang melahirkan bayi pramatang adalah lebih tinggi berbanding dengan susu ibu yang melahirkan bayi matang. Bayi pramatang mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidap penyakit-penyakit yang berbahaya seperti Necrotizing Enterocolitis (NEC), sepsis, meningitis dan jangkitan virus. Kandungan antimikrob seperti immunoglobulin yang tinggi di dalam susu pramatang akan membantu untuk melindungi bayi pramatang daripada penyakit- penyakit tersebut.

Para saintis sudah membuktikan bahawa antibodi jenis SIgA dapat melawan pelbagai jenis bakteria, terutamanya bakteria yang berasal dari sistem usus bayi. SIgA adalah sejenis antibodi yang stabil dan berdaya tahan terhadap enzim proteolitik (enzim pemecah protein) di dalam perut, berbanding dengan antibodi jenis lain. Ketika bayi sedang menyusu, antibodi yang terdapat di dalam susu ibu ini akan bergerak masuk ke dalam saluran perut dan usus. Di dalam perjalanan itu, ia akan bergabung dengan mikrob-mikrob yang terdapat pada membran mukosa (sejenis lapisan yang melapisi sistem usus). Dengan itu, ia dapat menghalang mikrob daripada melekat pada sel-sel usus. Proses pelekatan mikrob pada sel usus merupakan langkah pertama untuk berlakunya sebarang jangkitan kepada bayi. Dengan itu, SIgA berfungsi sebagai salah satu sistem pertahanan bayi yang utama untuk melawan jangkitan usus. Maha Suci Allah, ciptaanNya amat hebat dan tidak mampu disaingi oleh mana-mana ciptaan manusia. Sesungguhnya Allah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Firman Allah yang bermaksud:

“Yang telah menciptakan (sekalian makhluk-Nya) serta menyempurnakan kejadiannya.” (Al-A’la : 2)

Kajian - kajian klinikal telah menunjukkan bahawa SIgA yang terdapat di dalam susu ibu mampu untuk melawan kuman seperti Vibrio cholerae (kuman untuk penyakit taun), enterotoksigenik E. coli, Campylobacter, Shigella dan Giardia lamblia. Kuman- kuman tersebut biasanya yang menyebabkan keracunan makanan pada manusia. SIgA mampu melindungi bayi daripada serangan cirit-birit yang disebabkan oleh kuman-kuman tersebut. Begitulah istimewanya SIgA yang hanya terdapat di dalam susu ibu.

Tidak dinafikan juga, susu ibu terutamanya kolostrum merupakan immunisasi pertama & terpenting bagi setiap bayi. Ketika bayi masih di dalam rahim ibu, dunia bayi adalah dunia yang selamat, bersih dan tidak tercemar oleh sebarang kuman mahupun jangkitan. Ini kerana rahim ibu memberikan perlindungan sepenuhnya kepada bayi yang masih lemah. Rahim ibu bolehlah dianggap sebagai kawasan vakum yang tidak boleh dilolos oleh sebarang kekotoran. Namun, sebaik sahaja bayi dilahirkan, dunia kecilnya yang selamat itu telah bertukar menjadi sebuah dunia yang amat luas dan penuh dengan pancaroba kuman dan jangkitan.

Allah swt itu Maha Kaya dan Maha Pencipta. Dicipta-Nya kolostrum (susu awal ibu) dengan hikmahnya yang tersendiri. Kolostrum merupakan sumber pertahanan yang terpenting bagi bayi yang baru lahir. Ia mengandungi antibodi dan sel-sel hidup yang mampu menyelamatkan bayi sebelum diberikan imunisasi formal (BCG, DPT, vaksin polio dan lain-lain). Inilah merupakan satu contoh sumber bukan nutrisi yang hanya terdapat di dalam susu ibu. Benarlah firman Allah swt yang bermaksud,

Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya)”. (surah at-tin: 4)

Fisiologi jumlah isipadu kolostrum
Jumlah total kolostrum pada 24 jam pertama selepas lahir adalah sedikit (dipetik dari Riordan, 2005), tetapi sebenarnya jumlah ini sudah mencukupi untuk bayi itu. Secara puratanya hanya 37 ml kolostrum dihasilkan dalam satu hari (24 jam), dengan julat dari 7 hingga 123 ml, bergantung kepada penghasilan pada seseorang ibu tersebut. Jumlah ini semakin bertambah secara beransur- ansur dalam 36 jam pertama dan ia akan bertambah secara mendadak dalam 49-96 jam berikutnya. Pada hari kelima, jumlah isipadu total akan mencapai 500 ml / sehari. Jumlah ini seterusnya semakin meningkat ke 750 ml / sehari dalam selang masa 3 hingga 5 bulan penyusuan secara eksklusif. Apabila bayi mencapai umur 6 bulan, purata pengambilan susu adalah 800 ml / sehari.

Berdasarkan jumlah kolostrum pada 3 hari pertama kelahiran, ramai ibu merasa risau dan berpendapat bahawa susunya tidak mencukupi untuk bayi itu. Tidak ramai yang mengetahui bahawa jumlah yang sedikit (37 ml) itulah sebenarnya yang hanya diperlukan oleh bayi. Itulah sejumlah yang kecil untuk keperluan dan saiz perut yang kecil. Sesungguhnya persoalan susu tidak cukup pada hari – hari pertama kelahiran adalah tidak wajar diutarakan. Jika ibu itu mengharapkan susunya mengalir mencurah-curah sehingga 500ml pada hari pertama, memanglah mustahil. Ini kerana bayi yang masih kecil itu tidak memerlukan jumlah susu yang banyak pada mulanya. Indah sungguh ciptaan Mu ya Allah. Kau jadikan sesuatu itu cukup berdasarkan keperluannya. Tidak lebih dan tidak kurang. Mengapa masih ramai yang ragu dengan ciptaan-Mu yang satu ini? Sedangkan Kau juga telah berfirman yang maksudnya:

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). (surah Luqman: 14).

Maka yakinlah, jika seseorang ibu itu mampu mengandung dan melahirkan anaknya, maka mengapa pula dia tidak mampu menyusukan anak itu dengan susunya sendiri?

Antara tips-tips yang penting untuk memastikan bayi mendapat kolostrum dengan secukupnya pada hari-hari awal kelahiran adalah dengan meletakkan bayi kepada ibu dengan sentuhan kulit ke kulit sebaik sahaja bayi dilahirkan. Seterusnya, usahakan agar bayi dapat menyusu dengan baik dan melekap dengan betul di payudara. Ini penting agar proses stimulasi dapat berlaku dengan lancar di samping dapat mengeluarkan kolostrum dari payudara dengan efektif. Jika ibu tidak mahir, maka segera dapatkan bantuan dari doktor, bidan ataupun jururawat yang bertugas. Antara tips- tips lain yang tidak kurang pentingnya adalah, sentiasa susukan bayi pada bila-bila masa sahaja yang dia mahu. Biarkan bayi bersama ibu sepanjang masa (rooming in) dan elakkan dari bayi dibiarkan di bilik bayi atau nursery’ ketika berada di hospital. Rooming in amat penting agar ibu sentiasa memantau keadaan bayi dan segera menyusukannya bila bayi menunjukkan tanda-tanda ingin menyusu. Ia juga penting untuk mengelakkan kes jangkitan silang (cross infection) yang mungkin berlaku kepada jika bayi ditinggalkan di bilik bayi. Susukan bayi dengan susu ibu sahaja dan elakkan pemberian air lain seperti air kosong, air teh, air glukos mahupun susu formula. Dengan itu, bayi akan mendapat kebaikan susu ibu sepenuhnya tanpa dicemari oleh alternatif lain.

Sewajarnya setiap ibu haruslah memberikan bayi mereka kolostrum yang sangat berkhasiat itu demi kesihatan dan pertumbuhan bayi yang tercinta. Sesungguhnya kasih ibu sentiasa padu dan salah satu caranya untuk membuktikan kasih itu adalah dengan memberikan nutrisi yang terbaik untuk anak -anak. Dan sesungguhnya, tiada nutrisi lain yang sebaik dan seistimewa susu ibu. Hapuskanlah kerisauan mengenai mitos-mitos yang menyelubungi kolostrum ini kerana sesungguhnya setiap ciptaan yang Allah jadikan itu adalah yang sebaiknya untuk umat manusia.

Rujukan:
1. Lars A. Hanson. Immunobiology of Human Milk: How Breastfeeding Protects Babies. Texas: Pharmasoft Publishing, 2004.
2. Riordan J. Breastfeeding and human lactation. Massachusetts: Jones & Bartlett Publishers, 2005.
3. Lawrence RA, Lawrence RM. Breastfeeding: A Guide for the Medical Profession. 6th edition. St Louis, MO: Mosby, 2005.

Oleh:
Dr Nazatul Shiha Bachtiar, MBBS, MMedSci

dipetik dari http://www.duniasusuibu.com/asas penyusuan susu ibu

Perspektif Islam Terhadap Penyusuan Ibu

Hukum Ibu Susu

Sumber: Panel Kemusykilan Agama, JAKIM (2009). baheis.islam.gov.my. 8 Oktober.

Soalan:

  1. Syarat-syarat menjadi ibu susuan? Adakah 2 kali kenyang atau 5 kali kenyang? Adakah hukum berbeza sekiranya diberi secara terus menyusu badan atau di pam simpan di botol /disejukkan dan diberi.
  2. Apakah hubungan anak susuan dengan anak-anak kandung ibu susuan ( yang bayi dan adik-beradik yang lain)?
  3. Apakah hubungan ibu kandung anak susuan dan anak-anak kandung ibu susuan?

Jawapan:

  1. Bagi mensabitkan seseorang itu anak susuan atau tidak, antara syaratnya ialah anak tersebut menyusu sekurang-kurang lima kali kenyang dan umurnya tidak melebihi dua tahun. Susu ibu boleh diberikan kepada anak secara terus atau dipam dan disimpan, kemudian berikan kepada anak tersebut.
  2. Hubungan antara anak susuan dengan anak kandung ibu susuan adalah adik beradik sesuan, mereka tidak boleh kahwin sampai bila-bila samada yang masih bayi atau yang lain.
  3. Hubungan ibu kandung anak susuan dengan anak-anak kandung susuan adalah seperti orang lain juga iaitu saudara dalam Islam.

Nota:
1. Jawapan kepada soalan disediakan oleh Panel Kemusykilan Agama, JAKIM
2. Jawapan yang diberi adalah berdasarkan Mazhab Shafie kecuali dinyatakan sebaliknya.


dipetik dari http://www.duniasusuibu.com/Perspektif Islam Terhadap Penyusuan Ibu

Thursday, September 23, 2010

BERPANTANG 44 HARI

Berpantang selepas bersalin memang menyeronokkan.. al-maklumla ada org yang jaga.. layanan pulakpersis macam puteri.. berpantang zaman sekarang berbeza dengan zaman dulu.. kini pelbagai teknologi moden telah ader.. ingat zaman nenek moyang kita dulu mereka bersangai, sekarang sudah ada sauna, dulu minum jamu tudung periuk.. eee pahit betul sekarang da senang pilih ajer jamu-jamu yang ada di pasaran.. ada yang serbuk, ada bentuk tablet bentuk pil pun ada... haa satu lagi bab tungku.. tungku dulu mak oii batu sungai berat sangat kemudian beralih pada tungku besi.. tapi sekarng da ada tungku herba, tungku gel, ungku tanah liat yang lebih praktikal siap ada pemegang lagi.. wah makin canggih sekarang.. dulu-dulu nak mandi pulak kena carai pelbagai daun, daun serai wangi, daunkunyit macam-macam daun lagi.. sekarang da tak payah susah-susah lagi banyak pek mandian herba yang sudah siap di adun.. tunggu rebus saje.. anumun sekarang pe yang penting.. hanyalah duit.. kenapa saya cakap gitu? apa tak nyer kos bersalin kalau swasta da mencecah ribuan ringgit ikut kelas.. kalau kerajaan murah ckit, nak berurut sekali urut caj RM60 banyangkan kalau uru 1 minggu tak ke da RM420.. tak masuk kos bertungku lagi dalam RM60(3 kali tunggu) ambik 3 hari da RM180.. pil-pil tuk melangsingkan badan , , bengkung, gel, loyen,param Rm3++, kos jaga anak, barang-barang uiihh.. kenalah simpan paling kurang RM1K.. betul tak?..

CD MP3 AL-QURAN LENGKAP 30 JUZUK

Imtiyaaz Al Huffaz

Satu lagi Revolusi Produk iaitu Imtiyaaz Al Huffaz - CD MP3 Al Quran lengkap 30 juzuk alunan 5 Imam terkemuka dunia serta terjemahan suara dalam Bahasa Melayu dan Indonesia. Bacaan yang amat dan pasti menyentuh hati sanubari kita.
Dapatkan sekarang

JOM SINGGAH KEJAP..TENGOK PERFUME IMTIYAAZ YANG TENGAH MELETUP SEKARANG..

SUATU REVOLUSI BARU PEMECAH TRADISI DALAM
INDUSTRI MINYAK WANGI DI MALAYSIA
"PELAJARI RAHSIA MENJADI JUTAWAN ONLINE
DARI PRODUK ORANG LAIN!"
















~ JANA PENDAPATAN BERSAMA
IMTIYAAZ MILLIONAIRE CLUB ~
Program affiliate Imtiyaaz Aroma adalah suatu program yang digubal bagi memudahkan setiap peserta membeli produk perfume hebat kami dengan mudah melalui online. Disamping itu juga, setiap ahli yang menyertai kami akan mendapat laman web perniagaan secara percuma bagi memudahkan mereka memasarkan produk perfume Imtiyaaz ini samada secara online atau offline. Daftar Free Member Kemudian Buat Belian----
Daftar Sekarang :http://www.aroma2u.biz/fatinnisa

RILEKS KEJAP.. JOM KITA CUCI MATA SAMBIL MEMBELI...

MASIH TERCARI-CARI PENAPIS AIR? APA KATA CUBA Imtiyaaz Water Filter !!



BILA BUKA PAIP WARANA AIR OREN, BUKA PAIP LAGI WARNA COKLAT, UKA LAGI HITAM PULAK.. ADUH TENSIONNYER.. NAK MINUM PUN LOYA BUKAN..EMM MANA NAK CARI NE.. SUMUA MAHAL-MAHAL.. Jangan risau kerana Imtiyaaz menawarkan penapis air dengan kualiti setanding jenama terkemuka. Hanya dengan RM598 kesihatan anda dan keluarga pasti terpelihara. ANDA PASTI TERUJA MENGGUNAKANNYA.. CUBALAH HARI INI..



teringat zaman dulu-dulu....

teringat lagi masa zaman persekolahan tahun 1998... emm di kelas 5 sains 1.. bila citer je bab kimia.. uihh.. rasa cam nak pengsan takutpun ader.. maklumla kimia dikatakan subjek killer.. bila masuk je bab persamaan kimia masing-masing mula pening lalat.. mula-mula paham lama-lama duk berangan jek.. wat-wat paham.. cikgu kami guru pakar kimia.. namaya cikgu yusoff.. memng seorang guru yang sangat berdedikasi tp pelajarnyer.. paham-pahamla.. rindu nak kembali pada masa dulu.. diyana,fiza,aini kawan karibku.. masing-masing da haluan sendiri sekarang.. mana kalian? aini? aaaaaaa, kembali tanng persamaan kimia ni... aku memang tak pandai asyik tak balance jek persamaan ne.. da penat try tp tak dapat2.. emmmm.... sekarang aku da jadi cikgu kimia, rupa-rupanya masalah yang sama dihadapi oleh pelajar-pelajarku.. kadang-kadang nak tergelak pun ader bila tengok diaorang terkial-kial.. macam zaman ku dulu.. tapi sekarang da lain.. pelajar dibekalkan dengan jadual berkala zaman kami semua kena hafal.. untungnya kalian... bila da jadi cikgu ne , rasanya kimia taklah sukar seperti yang disangkakan.. cuma kena tahu konsep.. kalu konsep tak paham apapun tak paham.. jadual berkala mesti tahu.. cas, siri elektrokimia kena hafal, elektrokimia kena master, kira mol kena pandai... yang lain fakta je.. so kawan-kawan jangan susah hati lagi, think that chemistry is fun and easy to learn.. have a fun..